AK Tan


Pengerusi Eksekutif Kumpulan

elken-management-aktan-biography-cropped

Selaku pengasas Elken, AK Tan memulakan syarikat pada tahun 1995 dengan bilangan kakitangan yang amat sedikit dan mendukung visi untuk menjayakan kehidupan individu lain untuk merealisasikan impian masing-masing. Sebagai seorang pemimpin yang berwawasan, hala tuju strategik dan bimbingan yang diberikannya mendorong pasukan pengurusannya meraih satu demi satu kejayaan besar hingga ke persada global.

Beliau bertanggungjawab atas urusan operasi harian syarikat dan berjaya memupuk suatu budaya inovasi dan kecemerlangan dalam industri.

Sejak sedekad yang lalu, beliau telah menginisiatifkan transformasi strategik syarikat dengan memfokuskan pembangunan melalui inovasi, memangkinkan pengembangan peringkat antarabangsa dan menggiatkan pertumbuhan perniagaan yang konsisten. Di bawah pucuk pimpinannya, Elken berkembang menjadi sebuah Syarikat MLM yang bertaraf antarabangsa.

Sebelum menjadi Pengerusi, beliau telah berkhidmat sebagai Presiden Elken Malaysia yang menguruskan operasi perniagaan Elken Malaysia.

Beliau mempunyai pengalaman (kerja) lebih daripada 25 tahun dalam industri ini. Beliau berkelulusan ijazah Sarjana Muda Sains, major dalam Fizik dari Universiti Malaya dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari Universiti Brunel, London. Beliau gemar membaca dan menimba pengalaman hidup daripada melancong serta menghayati makanan yang enak.