Kepimpinan Elken

Barisan pemimpin Elken memperlihatkan sekumpulan individu dari pelbagai latar belakang dan kaya dengan pengalaman merentasi industri. Dengan memantapkan asas Syarikat, mereka mempersiagakan Syarikat dengan perkembangan yang pesat dan visi mereka yang sepenuh jiwa raga akan terus menjayakan hidup individu lain.

elken-management-aktan

AK Tan

Pengerusi Eksekutif Kumpulan

Selaku pengasas Elken, AK Tan memulakan syarikat pada tahun 1995 dengan bilangan kakitangan yang amat sedikit dan mendukung visi untuk menjayakan kehidupan individu lain untuk merealisasikan impian masing-masing. Sebagai seorang pemimpin yang berwawasan, hala tuju strategik dan bimbingan yang diberikannya mendorong pasukan pengurusannya meraih satu demi satu kejayaan besar hingga ke persada global.

Beliau bertanggungjawab atas urusan operasi harian syarikat dan berjaya memupuk suatu budaya inovasi dan kecemerlangan dalam industri.

Sejak sedekad yang lalu, beliau telah menginisiatifkan transformasi strategik syarikat dengan memfokuskan pembangunan melalui inovasi, memangkinkan pengembangan peringkat antarabangsa dan menggiatkan pertumbuhan perniagaan yang konsisten. Di bawah pucuk pimpinannya, Elken berkembang menjadi sebuah Syarikat MLM yang bertaraf antarabangsa.

Sebelum menjadi Pengerusi, beliau telah berkhidmat sebagai Presiden Elken Malaysia yang menguruskan operasi perniagaan Elken Malaysia.

Beliau mempunyai pengalaman (kerja) lebih daripada 25 tahun dalam industri ini. Beliau berkelulusan ijazah Sarjana Muda Sains, major dalam Fizik dari Universiti Malaya dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari Universiti Brunel, London. Beliau gemar membaca dan menimba pengalaman hidup daripada melancong serta menghayati makanan yang enak.

elken-management-mspang

Pang Min Fah

Naib Presiden Kanan,
Pejabat Global

elken-management-mrchen

Chen Min Hung

Ketua Pegawai Eksekutif,
Greater China & Ketua Pegawai Sistem

elken-management-mikelong

Michael Robert Long

Pengarah Produk dan Penyelidikan

elken-management-msloo

Loo Siew Tin

Naib Presiden,
Sumber Manusia Kumpulan