The Persatuan Seni & Budaya Timur (OACA) merupakan organisasi bukan berasaskan keuntungan yang ditubuhkan untuk memelihara warisan budaya Asia yang kaya, menyediakan platform pendidikan dan memupuk bakat yang akan datang.

OACA menggalakkan penghargaan seni dan budaya timur dengan:

OACA2017_1

Memudahkan pengaskesan budaya dan seni oleh semua lapisan masyarakat

OACA2017_2

Merapatkan budaya dengan pendidikan

OACA2017_3

Memajukan pengetahuan karya seni melalui penyelidikan

OACA2017_4

Mengumpul dan memelihara seni dan warisan budaya

OACA bertujuan untuk menjadi pusat tumpuan dialog silang budaya dalam seni.

Kami mencapai matlamat ini dengan mengadakan pameran yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat, program pendidikan taktikal dan menyediakan ruang dan platform yang betul kepada artis veteran dan penggemar seni boleh memulakan wacana seni dan menjana idea.

OACA diasaskan sebagai ruang seni tanpa untung pada tahun 2011 di bawah naungan Yayasan Elken untuk mempromosikan seni dan budaya Malaysia dan membantu memperkaya kehidupan rakyat melalui kesenian. Salah satu cara OACA mempromosikan seni dan budaya adalah melalui Festival Pulau Pangkor (PIF) yang ditaja oleh Yayasan Elken sebagai sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat Elken untuk memelihara warisan budaya Asia yang kaya dan menyediakan platform untuk memupuk bakat yang akan datang.

PIF adalah festival berasaskan komuniti yang diadakan di Pulau Pangkor pada setiap dua tahun sejak 2013. Acara terbaru yang diadakan adalah pada tahun 2017,iaitu ‘Karnival Seni dan Pencarian’ yang meraikan kepelbagaian dalam seni, budaya, muzik dan makanan di bawah satu bumbung untuk membawa penduduk dan pelawat bersama platform penghargaan dan pemahaman umum mengenai seni dan budaya global.

Tema Festival Pulau Pangkor ke-4 (PIF) 2017 adalah ‘Persanakan: Menjalin Silaturahim dan Memesrai Alam’ dan festival ini bekerjasama dengan Majlis Antarabangsa Festival dan Pertubuhan Kesenian Rakyat (CIOFF), Rakan Rasmi Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO). PIF mempamerkan artis kebudayaan rakyat antarabangsa dari Indonesia, Nigeria dan Filipina bersama artis-artis visual bertaraf dunia dari Jepun dan Taiwan. Pengunjung akan disambut dalam suasana seperti karnival dan menikmati pelbagai pertunjukan, bazar seni dan makanan, bengkel, ceramah, muzik, tayangan filem, pemasangan visual dan seni, pameran, warisan dan aktiviti pemuliharaan alam sekitar dan banyak lagi.

PIF2017_4