Bio Pure Ultra

Bio Pure Ultra mempunyai sistem penapisan 4 peringkat yang menapis zarah-zarah halus, bakteria, sista berbahaya, parasit dan bahan kimia organik. Dengan ciri-ciri istimewa ini, anda boleh menikmati air minuman bersih dan selamat terus dari pili dengan ketenangan fikiran. Anda dan keluarga anda boleh menikmati kesihatan dan kesejahteraan dengan air berkualiti hari ini!

Spesifikasi

  • Suhu Air: Normal
  • Tahap Penapisan: Penapisan 4 Peringkat
  • Kadar Aliran Air: 105L sejam (pada 25psi)
  • Dimensi: W150 x D430 x H420mm
  • Berat Bersih Produk: 4.4kg

Sistem Penulenan

Bio Pure Ultra – 4 Stage Filtration System

Teknologi Penapis Ultra
Teknologi Penapis Ultra adalah sejenis membran filtrasi khusus di mana tekanan hidrostatik memaksa cecair terhadap membran separa telap untuk memerangkap pepejal terampai, bakteria, sista, parasit dan sebagainya.

Langkah 1 : Penapis Sedimen (Menyingkirkan zarah kecil)
Menapis bahan cemar dan zarah hingga 1 mikron

Langkah 2 : Pra-penapis Karbon Aktif Granular Organik
Menghapuskan hampir semua bahan kimia organik

Langkah 3 : Penapis Ultra
Digunakan di seluruh dunia untuk menyingkirkan mikroplastik, bakteria, sista,
cacing mikroskopik, parasit dan organisma berbahaya lain di samping mengeluarkan
zarah sehingga 0.1 mikron

Langkah 4 : Pascapenapis Karbon Aktif Granular Organik
Meyingkirkan bau dan meningkatkan kesegaran air

Ciri

  1. Reka Bentuk Bergaya & Saiz Padat – Reka bentuk klasik dan moden. Sistem Penapisan 4-peringkat dalam satu unit komposit bersaiz padat dan menjimat ruang.
  2. Mudah Dipasang – Mudah dipasang tanpa bantuan professional atau tukang paip. Unit bersertakan injap bola dan penyesuai untuk memudahkan pemasangan.
  3. Sistem Tanpa Elektrik – Tidak memerlukan bekalan kuasa elektrik untuk berfungsi. Menjimatkan tenaga dan wang.
  4. Penyelenggaraan Mudah – Reka bentuk mesra pengguna membolehkan pengguna menukar penapis dengan mudah pada bila-bila masa.
  5. Muncung Boleh Laras – Membolehkan akses mudah 180 darjah untuk mendapatkan sumber air minuman bersih & selamat.

Manfaat

  1. Air Berperisa Hebat – air-bebas-bau yang sesuai untuk setiap orang
  2. Nilai hebat – hanya beberapa sen setiap liter
Biopure_Ultra-w

Bio Pure Ultra

2017Biopure-awards-02-150x150

2012, 2013, 2015 Anugerah Frost & Sullivan
Asia Pasifik untuk Kepimpinan Khidmat Pelanggan

2017Biopure-awards-03-150x150

2012, 2013, 2014 & 2015 Anugerah Frost & Sullivan
Asia Pasifik untuk Strategi Barisan Produk

Award_WQA

WQA Business Excellence Program