Elken Spirulina

Elken Spirulina merupakan makanan lengkap yang mengandungi 60 nutrien yang seimbang dengan keperluan badan manusia. Ia mudah dicerna, kaya dengan kepekatan nutrien seperti protein (asid amino), vitamin, mineral, karbohidrat, asid lemak perlu,klorofil, beta-karotena, fikosianin dan xantofil. Sumber protein tanpa kolesterol yang berbentuk alkali. Elken Spirulina telah mendapatkan penghargaan antarabangsa dari pertubuhan kerajaan dan organisasi berdikari lebih daripada 10 buah negara.

Manfaat

Elken Spirulina ialah makanan lengkap beralkali semula jadi yang berasal daripada tumbuhan marin yang mengandungi pemakanan lengkap dan seimbang, sesuai sebagai suplemen untuk menampung kekurangan pemakanan harian kita akibat pola diet yang tidak sihat serta gaya hidup yang terlalu sibuk.

  1. Mudah diasimilasikan & dihadamkan
  2. Bagus untuk penambahbaikan kesihatan secara keseluruhan
  3. Mengembalikan kecergasan, menggalakkan pertumbuhan tisu otot
  4. Membantu memperbaik daya ingatan & mengurangkan bilangan kejadian anemia
  5. Nutrien membantu membaiki kerosakan sel sementara paras antioksidan yang tinggi merencatkan proses penuaan
  6. Memperbaik penghadaman

Bahan-bahan

Spirulina Platensis

Cara Penggunaan

Produk ini sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa

  • Untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun, makan 1 – 4 tablet setiap kali, 2 – 3 kali setiap hari sebelum atau selepas makan
  • Untuk orang dewasa, makan 5 – 10 tablet setiap kali, 2 – 3 kali setiap hari sebelum atau selepas makan

Saiz

  • 300 tablet
  • 500 tablet
  • 1200 tablet
  • 3000 tablet
elken spirulina 3000

Elken Spirulina
300, 500, 1200 & 3000 Tablet

M'sia Health & Wellness award logo 2017

Anugerah Jenama Kesihatan & Kesejahteraan Malaysia 2017 – Kategori Makanan Tambahan

KKLIU: 1320/2016

halal-logo-100x100