Elysyle Derma Hydra

Menyubur Kulit Dengan Penghidratan Berpanjangan

Derma Hydra semudah 3 langkah yang direka istimewa untuk memberi kesan yang optima, penghidratan berpanjangan untuk semua jenis kulit. Tri-Aksi Derma Hydra bergabung bagi Menghidrat, Memulih dan Menyubur kulit dengan 3 ramuan aktif bagi memastikan kulit mendapat manfaat penghidratan yang mendalam. Kulit lebih bermaya dan hidrat sehingga 24 jam.

Derma Hydra Foaming Cleanser
Pembersih muka ekstra lembut yang menggunakan bahan pembersih, mengandungi bahan utama iaitu asid amino yang membersihkan kulit muka dengan sempurna. Menyaluti kulit muka dengan selapis lembapan selepas dicuci.

Derma Hydra Hydrating Mist
Semburan penghidratan berinovasi yang membantu mengekalkan keserian kulit dan memberi tenaga kepada kulit kusam. Diformulakan bagi membekalkan hidrasi yang berpanjangan pada kulit dan menyaluti kulit dengan pelembap.

Derma Hydra Protective Fluid
Pelembap bertekstur ringan melembut dan menghaluskan kulit dengan segera. Kombinasi unik berasaskan asid amino, komponen pelembap yang mengekalkan kesihatan kulit. Mengandungi minyak biji Macadamia Intergrifolia, sumber lembapan semulajadi yang memberi keselesaan dan tekstur yang ringan.

Derma Hydra Calming Cream
Krim yang kaya dengan pelembap menyamankan kulit. Formula terkini membantu membahkan seri kulit. Kandungan squalane sebagai pelembap semulajadi yang membantu mengunci lembapan dalam kulit dan mencegah dari kekeringan dan ketidakselesaan.

Manfaat

  1. Sesuai untuk semua jenis kulit (kecuali kulit yang sangat berminyak dan mudah tumbuh akne)
  2. Sesuai untuk sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun atau lebih
  3. Tekstur halus yang lembut pada kulit
  4. Kulit berasa segar, tenang, lembut dan berseri
  5. Memberikan penghidratan yang maksimum kepada kulit

Ramuan

3 Formula aktif semulajadi yang lembut & berkesan:

  • Kjellmaniella Gyrata Extract dari Hokkaido – Ejen pelembap dari sumber seaweed perang bagi menggantikan tahap hidrasi kulit.
  • Japan-patented Nigero-Oligosaccharide – Mengimbangkan flora mikrob pada kulit bagi mengekalkan tahap kesihatan kulit pada pH 4.5 – 5.5.
  • Shiretoko Rausu Deep Sea Water – Kaya dengan mineral penting bagi mengekalkan Faktor Lembapan Semulajadi Kulit (NMF)

Penggunaan

Derma Hydra Foaming Cleanser (150ml)
Diguna siang dan malam untuk membersihkan kulit sebelum menggunakan Hydrating Mist. Basahkan muka, pam Foaming Cleanser sebanyak 2 – 3 kali ke telapak tangan dan sapukan pada muka dengan pergerakan menggosok-gosok lembut, elakkan kawasan mata. Bilas bersih selepas membersihkan muka.

Derma Hydra Hydrating Mist (150ml)
Diguna siang dan malam selepas Foaming Cleanser. Sembur 4 – 5 pam dari jarak 20 hingga 30cm secara langsung pada muka. Kemudian tepuk-tepuk lembut muka dengan telapak tangan sehingga cecair menembusi kulit. Elakkan kawasan mata.

Derma Hydra Protective Fluid (80ml)
Guna pada waktu pagi selepas Hydrating Mist. Keluarkan sedikit di hujung jari kemudian ratakan secara lembut di seluruh muka sehingga cecair terserap ke dalam kulit. Elakkan kawasan mata.

Derma Hydra Calming Cream (35g)
Diguna selepas Hydrating Mist. Sapukan sedikit sahaja secara lembut di seluruh muka sehingga krim terserap ke dalam kulit. Elakkan kawasan mata.

Amaran: Jika produk termasuk dalam mata, bilas dengan air sejuk. Berhenti pakai produk jika kerengsaan kulit berlaku. Simpan di tempat yang sejuk, kering, jauh daripada haba dan cahaya matahari.

Saiz

  • Derma Hydra Foaming Cleanser (150ml)
  • Derma Hydra Hydrating Mist (150ml)
  • Derma Hydra Protective Fluid (80ml)
  • Derma Hydra Calming Cream (35g)
Derma-Hydra-w

Set Elysyle Derma Hydra