Budaya

Hati ke Hati

heart-to-heart

Ia merupakan budaya unik Elken yang menekankan sifat terbuka, ikhlas dan penyayang. Kami bekerja bersama-sama dan berusaha sedaya upaya untuk menggembirakan rakan kerja dan memastikan kejayaan pasukan adalah menyeluruh. Kami memupuk hubungan erat yang bermakna, yang menjangkau jauh melepasi dinding pejabat, mencipta rasa kekitaan dan kemasyarakatan.

Persekitaran

Pembelajaran

Learning-environment

Elken menyokong dan memudahkan cara pembelajaran dalam persekitaran yang menggalakkan komunikasi terbuka, perkongsian idea baharu dan cara yang lebih baik untuk melakukan sesuatu. Kami bersedia untuk mencabar dan dicabar, tatkala kami terus berusaha memperluas pengetahuan dan memperdalam kemahiran setiap hari. Kami berusaha untuk membina sebuah pasukan yang kuat serta memperkasakan mereka supaya menjadi yang terbaik.

Menginovasi

& Mempermudah

innovative

Setiap hari pasukan kami dicabar, memperbaik dan menginovasi, untuk mencabar status quo dan berani mengubah. Inovasi memerlukan keberanian. Kami berusaha mengutamakan kreativiti dan kesederhanaan dalam apa jua yang kami lakukan.

Seronok

Bekerja

fun-at-work

Kami percaya bahawa manusia adalah paling produktif dalam persekitaran yang santai dan seronok. Dengan falsafah bekerja keras dan berseronok bersungguh-sungguh, kami telah memupuk satu budaya tempat kerja yang positif, yang menggalakkan warga kami supaya bekerjasama, berusaha keras dan menjadi cemerlang.

Lakukakan

perubahan

make-a-difference

Di Elken, matlamat kami adalah untuk memperkaya kehidupan dan menjayakan bangsa untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan lebih mendatangkan kepuasan.