Tai Hock Seng

THS

“Tiada Kejayaan Tanpa Komitmen”

Saya melihat tugas baharu sebagai peluang untuk mencabar diri dan mempertingkatkan kemahiran diri. Apabila kita mempunyai sikap dan perspektif yang betul, kita boleh cemerlang dalam apa jua tugas dan menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi, tidak kira betapa mustahilnya kita rasakan. Apabila masalah dapat diatasi, pasukan akan menjadi lebih gembira serta lebih produktif, dan hal ini benar-benar memotivasikan saya untuk meneruskan perjuangan. Kejayaan memerlukan ketabahan dan komitmen untuk mengetepikan kepentingan peribadi dan keutamaan agar mencapai matlamat pasukan kita.

Siti Fatimah

siti

“Sentiasa berusaha
lebih”

Saya benar-benar berasa seronok dengan kerja saya kerana saya mempunyai rakan kerja yang ramah, sentiasa menyokong dan sudi mengajar serta membantu saya. Saya juga mempunyai majikan yang sangat baik, yang memberi latihan semasa kerja serta sentiasa menggalakkan saya. Hal ini merangsang saya supaya berusaha lebih bagi membantu rakan kerja saya serta memudahkan kerja mereka.

Sapri

sapri

“Ghairah dengan apa
yang anda lakukan”

Apa yang paling saya suka tentang Elken ialah saya dapat berinteraksi dengan orang ramai, jadual kerja yang fleksibel dan berpeluang untuk melancong. Melakukan apa yang saya suka bersama orang yang sependapat dan penuh dengan keghairahan membuatkan saya berusaha dengan lebih keras lagi serta kemahiran komunikasi dan pengetahuan tentang kesihatan saya turut meningkat.

Param

param

“Membantu orang lain berkembang maju”

Nilai-nilai Elken berdasarkan kualiti, integriti, rasa hormat dan keghairahan mencipta suatu persekitaran kerja yang kondusif dan hubungan erat antara kakitangan. Saya diberi kuasa untuk memimpin pasukan dan saya seronok berkongsi ilmu dan juga amalan terbaik saya serta membimbing mereka untuk mengusahakan projek utama dengan sendirinya.